Saturday, October 10, 2009

PERTAMA DI DUNIA

Betapa nikmat membaca Al Qur'an kalau faham kata per kata dari setiap ayat seperti orang Arab.



Al-Qur'an Tafsir Per Kata ini mempermudah kita dalam memahami erti dan isi al-Qur'an. Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul dan Terjemahan yang memperkayakan Al-Qur'an Tafsir ini. Baru dilancarkan pada sekitar Jun 2009.

Sebuah Tafsir al-Quran yang memaparkan bukan sekadar terjemahan, tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. Ini kerana Tafsir tidak sama dengan Terjemahan. Terjemahan hanya memindahkan bahasa sesuatu perkataan. Berlainan dengan Tafsir yang menjelaskan kekaburan bagi sesuatu makna perkataan. Di sinilah letaknya kelebihan Tafsir Al-Qur'an Per kata ini berbanding terjemahan-terjemahan al-Quran yang lain. Tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Terjemahan penuh disertakan di bahagian tepinya. Dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.


Kelebihan Tafsir Qur’an Per kata:

  • Tafsir global yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, yang disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
  • Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
  • Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar (diakui)
  • Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
  • Dilengkapi juga dengan terjemahan.
  • Tersedia 5 pilihan warna Cover : Merah, Pink, Hijau, Ungu, Biru (*Bergantung kepada Stok)
  • Yang sesuai untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang






Harga : RM 130.00 (Biasa: RM 160.00)
FREE POSTAGE (Sem. Malaysia)
Ukuran : 21 cm x 29 cm (saiz A4) - Hard Cover

PERCUMA BEG AL-QUR'AN

Apa kata Ulama dan Ahli Tafsir :

"Ini akan membuat anda mengetahui makna dan tafsir setiap kata dari ayat Al Qur'an"
(Dr.Hidayat Nur Wahid, Ketua MPR RI )


"Tafsir Qur'an per Kata adalah cara cepat belajar memahami Al Qur'an"
(Dr. Ahzami Samiun Jazuli, Pensyarah Bidang Tafsir)

"Tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami Al Qur'an"
(DR.Amir Faishol Fath, Pensyarah Bidang Tafsir)


Tafsir Qur'an Per Kata merupakan sebuah tafsir yang wajib dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasakan kelazatan membaca al-qur'an.
(Ustadz Ahmad Kusyairi Suhail)

Baru pertama kali ini saya menemukan tafsir yang sangat mudah dan baik terutama bagi pemula dalam memahami al-Quran. Tafsir ini sungguh sangat bermanfaat bagi pembaca yang tidak faham bahasa Arab dalam memahami maksud kata per kata dari ayat-ayat al-qur'an.
(Dr. Amir Faishol Fath, Pensyarah Bidang Tafsir, Pakistan)


BONUS PERCUMA
VCD KOLEKSI ISLAMI

Mengandungi lebih 100 koleksi e-book, e-novel, software, flash yang menarik.
Semua koleksi ini adalah himpunan koleksi peribadi yang khas kami berikan percuma buat semua pembeli Qur'an Terjemahan Per Kata.

Klik gambar di atas kalau nak tengok lebih jelas apa yang best sangat tu!!!

Antara kandungan yang BEST:
Al-Qur'an Digital, IQRA'Kanak-kanak Digital, E-Novel Ayat-Ayat Cinta, Hadis 40, Seerah Nabi, Riyadus Salihin, Tafsir Ibnu Kathir, Terjemahan Qur'an Digital Melayu & English, La Tahzan, Kisah-Kisah Teladan, Ma'thurat Digital, Fatwa Qaradawi, Dialog Islam-Kristian dan banyak lagi. Semuanya dalam bentuk software/e-book menarik yang mudah dibaca dan digunakan. Koleksi ini kalau kami nak jual RM 100 pun boleh. Tapi kami berikan percuma sahaja.

Thursday, September 10, 2009

TESTIMONIAL ULAMA'

“Selamat menjadi pencinta, pengamal dan pendakwah al-Quran dengan membaca karya yang sangat berharga dari saudara saya, Dr Ahmad Hatta ini. Kerana karya ini akan membuat anda mengetahui makna dan tafsir setiap kata dari ayat al-Quran.”

-Dr. Hidayat Nurwahid, Ketua MPR Indonesia


“Kami bersyukur dengan hadirnya Tafsir Qur’an Per Kata yang diterbitkan Maghfirah Pustaka. Karya ini akan memudahkan kita untuk menyelami lebih dalam kandungan makna yang terdapat dalam setiap ayat Qur’an. Apalagi buku ini dilengkapi dengan terjemahan dan asbabun nuzul. Dengan demikian, amal yang kita lakukan berlandaskan ilmu kerana kita telah memahaminya.”

Drs. H. Amidhan, Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI)


“Kebahagiaan dan kecemerlangan setiap Muslim di dunia dan akhirat akan sangat tergantung pada pemahaman dan pengamalan isi al-Qur’an. Tafsir Qur’an Per Kata ini sangat membantu untuk memudahkan pemahaman al-Qur’an yang diperlukan oleh setiap Muslim yang insya Allah, akan meningkatkan kualiti pengamalannya.”

Prof. Dr Ahmad Satori, Universiti Islam Negeri ‘Syarif Hidayatullah’ Jakarta

Ketua Umum Pengurus Pusat Ikatan Da’I Indonesia (IKADI)


“Di zaman yang serba pantas dan moden, diperlukan juga cara belajar memahami al-Qur’an yang cepat. Tafsir Qur’an Per Kata ini sangat mempermudahkan untuk cepat memahami al-Qur’an, kerana penulis cukup baik meringkas banyak ilmu yang berkaitan dengan tafsir – dalam tafsir per kata yang ringkas dan utuh. Tafsir ini seperti menghidupkan tradisi cara belajar tafsir yang baik di pondok yang menjelaskan tafsir ayat kata per kata lalu menjelaskan makna secara utuh.

Dr. Ahzami Samiun - Universitas Islam Negeri ‘Syarif Hidayatullah’, Jakarta


Tafsir Qur’an Per Kata ini memiliki beberapa kelebihan. Pertama, ini bukan terjemah tetapi tafsir ringkas berdasarkan kosa kata. Tafsir ini akan sangat membantu pembaca memahami al-Qu’an walaupun tidak melihat buku tafsir lainnya. Contoh: dalam terjemahan, kata Rabb biasa diterjemahkan ‘Tuhan’. Padahal berdasarkan tafsir, kata tersebut mempunyai makna yang luas meliputi: al-Khaliq, ar-Razzaq, an-Nafi dsb. Alhamdulillah, Tafsir ini berhasil menafsirkan itu sehingga karya ini bukan sekadar terjemah kosa kata tetapi tafsir kosa kata dalam setiap ayat. Dengan demikian, pembaca awam akan memahami makna al-Qur’an, dari kata per kata hingga ayat per ayat dengan mendalam. Kedua, adanya Asbabun Nuzul. Ini akan membuka wawasan masyarakat terhadap maksud dan tujuan dari turunnya sebuah ayat. Sehingga ini akan membuat pemahaman masyarakat terhadap al-Qur’an semakin tepat dan benar. Saya sangat menyokong sekali terhadap Tafsir ini kerana memiliki keistimewaan seperti yang telah saya sebutkan di atas. Baru membaca surah al-Fatihah saja, kita akan menemukan kelebihan Tafsir ini.”

Dr. Muslih Abdul Karim, - Institut Ilmu al-Qur’an (IIQ) Jakarta

Pengasuh Pondok Pesantren ‘Baitul Qur’an’ Depok, Jawa Barat


“Tafsir Qur’an Per Kata yang dilengkapi dengan terjemahan dan Asbabun Nuzul ini sangat bermanfaat dan telah dinantikan oleh umat. Pemahaman terhadap makna siyaqi (structured) sebuah kalimat al-Qur’an sangat dipengaruhi pemahaman yang benar terhadap makna kosa kata – sebagaimana makna kosa kata sangat dipengaruhi oleh makna siyaqi (structured). Cara ini akan membawa kita memahami al-Qur’an secara benar dan tepat. Alhamdulillah Tafsir yang disusun oleh Dr Ahmad Hatta ini, melakukan pendekatan itu.

Tafsir ini akan membawa umat memahami al-Qur’an secara makna literal ataupun structural. Dengan Tafsir ini, pembaca yang tidak biasa berbahasa Arab akan bias menikmati kebenaran dan keindahan hidayah al-Qur’an kata per kata. Aungguh al-Qur’an sebuah rahmat yang harus dinikmati.

Kecuali itu, saya berharap karya ini dapat membangun kerangka pemikiran dan pemahaman al-Qur’an sebagai sumber Akidah, Syariah, Akhlak dan Pemikiran Islam. Harapan itu cukup beralasan mengingat latar belakang penulis adalah seorang alumnus Universitas Islam Madinah, Saudi Arabia. Sya yakin buku ini sangat bermanfaat.”

Dr Muhd. Mu’inudinillah - Pondok Pesantren Tahfizul Qur’an Ibnu Abbas


“Umat sangat mendambakan hadirnya sebuah tafsir ringkas namun menyeluruh dengan tetap memerhatikan aspek-aspek yang harus ada dalam sebuah penafsiran: penggalian makna, hikmah dan kesimpulan hokum, ditambah dengan histories turunnya ayat. Karena, tafsir semacam ini akan menambah kejelasan maksud kalamullah. Mushaf ini hadir merealisasikan harapan di atas, tentu dengan kelebihan yang menonjol dari segi penguatan makna yang tidak terikat dengan makna literal yang seringkali justeru mengaburkan – jika tidak bertentangan – dengan maksud yang sebenarnya. Semoga pemahaman umat akan semakin ‘baik dan benar’ dengan kehadiran tafsir ini.”

Dr. Athabik Luthfi - Universiti Malaya, Malaysia.

“Baru pertama kali saya menemukan buku tafsir yang sangat baik dan mudah, terutama bagi “starter” dalam memahami Al-Qur’an. Kitab ini sungguh bermanfaat kerana memiliki beberapa keistimewaan.

Pertama

Tafsir ini akan membantu bagi orang yang tidak faham bahasa Arab dalam memahami maksud kata per kata dari ayat-ayat Al-Qur’an. Kerana, kalau hanya terjemahannya, tidak mampu menjelaskan maksud yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Kelemahan itu terjawab dengan kehadiran Tafsir ini.

Kedua

Tafsir ini disokong oleh buku rujukan yang sangat mendasar dalam khazanah ilmu tafsir, yakni Tafsir Jalalain (Imam As-Sayuthi) yang mewakili ulama terdahulu dan Aysaru at-Tafasir likalami al-‘Aliyi al-Kabir (Abu Bakar al-Jazairi) yang merupakan representasi ulama masa kini. Justeru, kita akan kembali pada makna yang hakiki dan kuat, kerana Imam as-Sayuthi merupakan ulama yang hebat. Ketika membaca tafsir ini, kita seakan-akan membaca Tafsir Jalalain.”

Dr. Amir Faishol Fath - International Islamic University, Islamabad, Pakistan.


“Tafsir Al-Qur’an Per Kata merupakan kontribusi ilmiah terhadap Al-Qur’an dengan merujuk kepada rujukan yang muktabar. Sebuah tafsir yang wajib dimiliki oleh setiap Muslim yang ingin merasakan kelazatan membaca Al-Qur’an.”

Ustaz Ahmad Kusyairi Suhaili - Darul Hikmah

Monday, August 10, 2009

Mukadimah

Al-Qur’an adalah rahmat terbesar Allah kepada manusia. Ia merupakan ‘Kitab Ibadah’ sekaligus ‘Kitab Hidayah’. Sebagai ‘Kitab Ibadah’, setiap muslim dapat beribadat dengan Al-Qur’an yakni dengan membacanya sesering mungkin agar mendapat pahala yang berlimpah.

Rasulullah saw bersabda:

“Sesiapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya.” (HR at-Tirmidzi)

“Dikatakan kepada ahli Al-Qur’an, ‘Bacalah, naiklah dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membaca di dunia kerana kedudukanmu (di syurga) terletak pada akhir ayat yang kamu baca.” (HR at-Tirmidzi).

Sebagai ‘Kitab Hidayah’ , Al-Qur’an adalah sumber petunjuk paling utama. Ia adalah manual book untuk menjawab seluruh persoalan hidup yang dapat membawa manusia sukses dunia dan di akhirat. Agar mendapatkan hidayah Al-Qur’an, setiap muslim harus melalui tiga tahap: 1. Memahami; 2. Menghayati; dan 3. Mengamalkan Al-Qur’an. Memahami dan mengamalkan Al-Qur’an pahalanya jauh lebih besar daripada sekadar membacanya. Untuk keperluan itulah, kami menyusun Tafsir Qur’an Per Kata.

Tafsir Bukan Terjemah

Dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia, terjemah ertinya menyalin (memindahkan) suatu bahasa ke bahasa lain. Secara demikian, menerjemahkan kata per kata al-Qur’an bererti menyalin atau memindahkannya dari bahasa Arab ke bahasa lain (pendekatan bahasa) tanpa melihat tafsir.

Cara seperti ini sangat berbahaya bahkan menyesatkan. Contoh: kata walad pada surah an-Nisa’ ayat 11 dan 12 tentang hukum waris, diulang hingga lima kali. Kata walad secara makna bahasa ertinya anak lelaki. Tetapi, menurut tafsir para ulama, erti kata walad dalam ayat ini adalah anak secara mutlak, baik lelaki mahupun perempuan. Perbezaan ini mempunyai dampak hukum yang sangat besar.

Kerana itu, Tafsir Qur’an Per Kata ini adalah karya tafsir, bukan sekadar menerjemah. Buku ini tidak hanya mengalihbahasakan, tetapi juga mentafsirkan kata per kata ayat al-Qur’an secara ringkas. Sehingga, para pembaca memahami erti dan makna setiap kata dalam al-Qur’an.

Misalnya kata an’amta dalam surah al-Fatihah ayat 7 yang bererti ‘telah Engkau beri nikmat’. Menurut para mufasir, kata ‘nikmat’ ini adalah nikmat iman bukan nikmat harta benda. Maka kami menuliskan tafsir kata ini menjadi ‘telah Engkau beri nikmat (iman)’.

Ada tiga tahap yang kami lalui dalam menyiapkan Tafsir Qur’an Per Kata ini:

1.

Memahami setiap kosa kata dalam satu ayat dengan merujuk buku-buku Tafsir al-Kalimat (Tafsir Kosa Kata Qur’an) dalam bahasa Arab. Buku-buku tersebut antara lain:

a. Kalimat al-Qur’an (Tafsir wa Bayan) oleh Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf

b. Al-Mufradat fi gharibi al-Qur’an oleh Abi Qasim al-Husain bin Muhammad yang dikenal dengan ar-Raghib al-Ashfahani.


Dengan dua buku ini, kami dapat makna kata per kata dalam tiap ayat.

2.

Memahami ayat secara keseluruhan dengan pendekatan Tafsir Ijmali (Tafsir Global) dengan merujuk dua buku:

a. Tafsir Jalalain oleh Imam Jalaluddin as-Sayuthi dan Imam Jalaluddin al-Mahalli

b. Aysar at-Tafasir likalami al-‘Aliyi al-Kabir oleh Abu Bakar al-Jazairy

Dengan rujukan ini kami memahami maksud secara ringkas dan global.

3.

Menuliskan tafsir setiap kata dari ayat-ayat al-Qur’an berdasarkan pemahaman makna per kata dari setiap ayat dan pemehaman maksud ayat secara keseluruhan dengan ringkas dan global.

Kami juga memiliki beberapa kaedah dalam penulisan tafsir:

a.

Memerhatikan makna asli kata tersebut secara bahasa. Kemudian ditambahkan penjelasan tafsir sepanjang diperlukan. Sehingga buku ini tetap membantu bagi sesiapa yang ingin memahami makna secara bahasa.

b.

Memerhatikan gramatika bahasa Arab, sehingga fungsi structural setiap kata tetap dijaga ketika dituliskan ke dalam bahasa Indonesia.

c.

Memerhatikan penyusunan kalimat yang baik dalam bahasa Indonesia. Ini dilakukan agar Tafsir ini – meski setiap ayat dipenggal per kata – dapat dibaca dalam satu rangkaian kalimat yang terkait satu sama lainnya (kontuinitis) hingga akhir ayat; tidak terputus-putus. Sehingga pembaca dapat menangkapmakna dan pemahaman tafsir yang utuh.

d.

Menggunakan dua tanda baca iaitu:


a. / (garis miring) bererti ‘atau’

b. (…) bererti bahawa kalimat dalam kurungan adalah penjelasan atau tambahan penyempurna makna bahasa.

Untuk menyempurnakan pemahaman pembaca terhadap setiap ayat dalam al-Qur’an, buku ini juga turut memuat:

1.

Asbabun Nuzul (sebab turun ayat) yang kami kutip dan ringkas dari buku Asbabun Nuzul oleh Imam As-Sayuthi. Asbabun Nuzul diletakkan tepat setelah terjemah ayat yang bersangkutan agar memudahkan pembaca.

2.

Terjemah rasmi al-Qur’an beserta catatan kaki oleh Departmen Agama Republik Indonesia yang sebenarnya merupakan Tafsir Ijmali.

Jadilah Tafsir Qur’an Per Kata ini Paket Terpadu ‘3 in 1’ untuk belajar memahami al-Qur’an secara utuh kerana di dalamnya terdapat Tafsir Per Kata, Asbabun Nuzul hingga Terjemahan.

Dengan segala kerendahan hati, kami berharap buku ini dapat bermanfaat dalam meningkatkan pemahaman, penghayatan dan pengamalan terhadap al-Qur’an sehingga akan meningkatkan nilai kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu penyusunan buku ini. Mereka adalah Penyunting Tafsir : Misbakhul Khaer, Lc., M.Si; Abdul Aziz Noor, Al-Hafizh, Lc., Mukhlisin Nawawi, Lc., dan Siti Irhamah, Lc. Penyunting Bahasa: Erwyn Kurniawan dan Arie Mulya Pujiwijaya. Team Design Grafik: Sarrah Yuliana Kalalo, Taufik Hidayat, Rudiyanto, Iffah Syarifah, Wulan Triana Dewi, Ria Ratnasari, Ircham Alvansyah, dan Hakim. Semoga Allah membalas semua yang telah dilakukan dengan syurga-Nya. Amin.

Jakarta, 19 Mei 2009

DR. Ahmad Hatta, MA.